Someday in Malaysia....
Owner

Navigation around. Hover!



Articles About Linkies Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ! Selamat datang ke page kami xoxo


Tagboard

Let's talk here!





Credits

Template by: Novita Lesyani
Basecode by: Nurul Atiqah
Owner: dmizsa



Assalamualaikum,

INTAN NOORAZEEN BINTI MONGIN   (08DPM14F1059)
NUR SHAFINAZ BINTI SAMSUDIN  (08DPM14F1068)
ALIANAZIRAH BINTI ISHAK  (08DPM14F1063)
DIANA BINTI AMIR   (08DPM14F1056)
NOR ZALINA BINTI ZAINAL ABIDIN  (08DPM14F1050)
NUR SYAMIMI BINTI NOR ‘AZMI  (08DPM14F1072)

Tajuk diberi, Pembangunan Negara Oleh USTAZAH AISHAH BINTI ABD. RAZAK
Kursus : DUB 1012 (PENGAJIAN MALAYSIA)
Sesi JUN 2014
Kelas : DPM1C


Pengenalan Pembangunan Negara

Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969,amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomu ini telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosioekonomi antara kaum. Walaupun peristiwa 13 membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakan harta benda, namun kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin negara dan masyarakat bahawa sesuata tindakan yang tegas harus diambil.

Rancangan dan Visi Pembangunan

Sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu

  • Perancangan zaman sebelum merdeka. 
  •  Perancangan zaman selepas merdeka. 
  •  Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Pembangunan

  • Pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.

  • Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang.

  • Sejak merdeka, sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Pengenalan Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan pada tahun 1970 rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969 oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Abdul Razak. Walaupun Rukun Negara telah diperkenalkan bagi melahirkan perpaduan semua kaum, namun Tun Abdul Razak menyedari yang perpaduan hanya boleh dicapai melalui penyusunan semula negara dari segi ekonomi dan sosial. Oleh itu, jika kita menyebut tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) pasti kita turut terfikir tentang matlamat utama dasar iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. DEB bertujuan memperbaiki keadaan sosio-ekonomi negara yang mengambil masa 20 tahun dengan terdiri daripada Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) hingga Rancangan Malaysia Keempat (1986-1990).

Dasar Ekonomi Baru - Matlamat


MATLAMAT

  • Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. 
  • Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar Ekonomi Baru - Strategi


Pembasmian Kemiskinan

  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat yang menganggur.
  • Kerajaan melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. 
  • Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum kawasan bandar dan luar bandar serta antara wilayah. 
  • Penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan. 
  • Kerajaan juga menyediakan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah.


Menyusun Semula Masyarakat

  •  Permodenkan kehidupan desa dengan meningkatkan daya pengeluaran.
  • Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum supaya dapat menggambarkan penduduk yang berbilang kaum.
  • Pembentukan masyarakat perniagaan bumiputera.  

Dasar Ekonomi Baru - Kejayaan



DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.

  • Mencapai perpaduan nasional.
  • Kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurang daripada 64.7% kepada 40%.
  • Tahap kemiskinan penduduk luar bandar berkurangan, iaitu daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990.
  • Kadar kemiskinan di bandar berkurang dengan ketara dari 21.3% pada tahun 1970 kepada 7.5% pada tahun 1990. 
  • Jangka hayat penduduk kian bertambah.
  • Bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak serta kadar masyarakat yang kenal huruf.
  • Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun. 
  • Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga meningkat, daripada 41.3% (1985) kepada 44%(1988). 

Perancangan Zaman Sebelum Merdeka

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960
MATLAMAT

  • Memajukan sepernuhnya sektor luar bandar. 
  • Mempelbagaikan sumber negara.
PERLAKSANAAN/KEJAYAAN

  • Penubuhan 2 agensi kerajaan.
  1. Rural Industrial Development Authority (RIDA)
  2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. (FELDA)
  • Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. 

Perancangan Zaman Selepas Merdeka I

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

MATLAMAT

  • Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur luar bandar.
  • Mengiatkan lagi projek pembukaan tanah dan penempatan baharu di bawah program FELDA.
  • mengiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN
  • Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965.
Tujuan :

  • Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian. 
  • Penindasan orang tengah.

Perancangan Zaman Selepas Merdeka II

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
MATLAMAT

  • Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN

  •  Beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan :
  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966
  2. Bank Bumiputra 1966
  3. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
  4. Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969.


Perancangan Selepas Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru I

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
MATLAMAT

  •  Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Membaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum.
PERLAKSANAAN/KERJAYAAN

  • Pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat membasmi kemiskinan masyarakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
  • Penubuhan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974.

Perancangan Selepas Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru II

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
MATLAMAT

  • Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB.
  • Perancangan Pembangunan wilayah diperkenalkan, dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi pembangunan bandar baru.
  • Kerajaan menekankan isu alam sekitar dan keselamatan negara.
PERLAKSANAAN/KEJAYAAN

  •  Sebanyak 28 buah rumah dibina di bawah rancangan KEJORA, KETEANGAH, DARA pada tahun 1980.
  • Badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha pembangunan.

Perancangan Selepas Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru III

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
MATLAMAT

  • Mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelabuhan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.
PERLAKSANAAN/KEJAYAAN

  •  Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).

Perancangan Selepas Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru IV



Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
MATLAMAT

  • Mencapai perpaduan negara.
  • Mencapai objektif DEB.
  • Mengecapi pertubuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara.
PERLAKSANAAN/KEJAYAAN

  •  Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Ma;laysia.
  • Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Perancangan Selepas Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru V

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua.

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
MATLAMAT

  • Mengekalkan momentym pembangunan pesat ekonomi negara.
  • Mengurus kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai.
PERLAKSANAAN/KEJAYAAN

  • Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi, menggalakkan sektor swasta memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi.
  • Mengurangakan perbelanjaan tidak produktif.
  • Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih.

Perancangan Selepas Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru VI

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua.

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2001)
MATLAMAT

  •  Mewujudkan pertubuhan ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan memperkuat daya tahan ekonomi negara.
  • Memberi keutamaan kepada pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan. 
  • Guna tenaga, pendidikan dan latihan dipertingkatkan.
PERLAKSANAAN/KEJAYAAN

  • Memberi penekaan semula kepada konsep pembangunan seimbang. 
  • Memperkenalkan stretegi pertubuhan ekonomi yang didorong oleh produktiviti.
  • Menambah peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah universiti/ pusat pengajian tinggi. 

Perancangan Selepas Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru VII

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

Rangka Malaysia Kelapan (2002-2006)
MATLAMAT

  • Memperkukuhkan keupayaan, kebolehan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
  • Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosio ekonomi.  
PERLAKSANAAN/KEJAYAAN

  • Dasar Penswastaan diperkukuhkan.
  • Pengenalan program Rakan Muda Bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika.

Perancangan Selepas Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru VIII

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

Rangka Malaysia Kesembilan (2007-2011)
MATLAMAT

  • Memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberikan keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.
PERLAKSANAAN/KEJAYAAN

  •  Memastikan pengagihan ekonomi yang saksama.
  • Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan berkualiti tinggi.
  • mengalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi.

VIDEO




Petronas Twin Towers KLCC

Putrajaya

Keratan Akbar

RUMUSAN

Pembangunan negara bertujuan untuk mencapai kesejahteraan rakyat supaya semua rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Dengan demikian, dasar-dasar pembangunan dibentuk untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu. Usaha-usaha pembangunan ekonomi adalah bertujuan untuk mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional dapat dicapai.

Rujukan

1.      Pengajian Malaysia,
Edisi Kelima.
-          Mardiana Nordin.
-          Hasnah Hussin.
Penerbit Oxford Fajar, tahun 2014
2.      Sejarah SPM.
-          Akashah Ismail
-          Abdul Hakim Samuri
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2011
3.      Rancangan Malaysia.
4.      Dasar – dasar Ekonomi International
-          Faisal Basri
-          Haris Munanda