Dasar Ekonomi Baru - Kejayaan
DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.
- Mencapai perpaduan nasional.
- Kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurang daripada 64.7% kepada 40%.
- Tahap kemiskinan penduduk luar bandar berkurangan, iaitu daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990.
- Kadar kemiskinan di bandar berkurang dengan ketara dari 21.3% pada tahun 1970 kepada 7.5% pada tahun 1990.
- Jangka hayat penduduk kian bertambah.
- Bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak serta kadar masyarakat yang kenal huruf.
- Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun.
- Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga meningkat, daripada 41.3% (1985) kepada 44%(1988).