Dasar Ekonomi Baru - Strategi
Pembasmian Kemiskinan
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat yang menganggur.
- Kerajaan melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
- Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum kawasan bandar dan luar bandar serta antara wilayah.
- Penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan.
- Kerajaan juga menyediakan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah.
Menyusun Semula Masyarakat
- Permodenkan kehidupan desa dengan meningkatkan daya pengeluaran.
- Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum supaya dapat menggambarkan penduduk yang berbilang kaum.
- Pembentukan masyarakat perniagaan bumiputera.