|
Owner ![]() Tagboard Credits
| Pengenalan Pembangunan Negara Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969,amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomu ini telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosioekonomi antara kaum. Walaupun peristiwa 13 membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakan harta benda, namun kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin negara dan masyarakat bahawa sesuata tindakan yang tegas harus diambil. |